16 October 2017

SELAMAT DILAHIRKAN - AMYRA & AMAR TIMANG ANAK SULUNG LELAKI


"Mengikut jangkaan, Amyra bersalin pada 25 Oktober ini. Tapi kuasa Tuhan, anak mereka nampaknya hendak 'keluar' lebih awal.





"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ibu dan anak juga stabil," kata ibu pelakon Amyra Rosli, Noor Zaridah Ahmad yang mengesahkan kelahiran cucu sulung bagi kedua-dua keluarga itu.

Isteri pelakon Amar Baharin itu selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Prince Court di sini, pada jam 12.07 tengah hari semalam (15 Oktober 2017)

Difahamkan, bayi sulung bagi pasangan itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.48 kilogram (kg).

Klik untuk gambar besar


Berita gembira tersebut turut dikongsikan oleh Amyra dan Amar menerusi laman Instagram masing-masing.

Amyra terlebih dulu memuatnaik gambar yang menampakkan tangan si kecil disusuli Amar.

"Alhamdulillah.. Aku mohon perlindungan untukmu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yang menakutkan. Amin..



"Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami 😘. #Amyramar #AmyramarJr #EndlessLove #15102017," tulis Amyra di IGnya.

Perkongsian itu mendapat reaksi ramai termasuk rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Amyra dan suami atas kelahiran cahaya mata mereka.

Untuk makluman, Amyra dan Amar melangsungkan pernikahan mereka pada 11 November 2016.














www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Amar Baharin IG & Amyra Rosli IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: