13 October 2017

DATUK JALALUDDIN HASSAN DINASIHAT PILIH TARIKH NIKAH LAIN


Pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan sebelum ini meluahkan niatnya untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang ibu tunggal anak empat selepas genap setahun isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan meninggal dunia.





Ketika dihubungi, pelakon berusia 63 tahun ini menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya akan melangsungkan pernikahan pada 25 November ini.

Kata Datuk Jalaluddin, berita itu tidak benar dan beliau belum lagi memutuskan tarikh pernikahannya.

"Saya akan berbincang dengan keluarga saya dan keluarga bakal isteri. Jika sudah ada tarikh, saya akan beritahu pada media dan menjemput anda semua datang ke majlis saya nanti," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Datuk Jalaludin memberitahu, jika ikutkan hatinya beliau mahu mengadakan majlis pernikahan itu pada 25 Disember iaitu tarikh sama dia bernikah dengan arwah isterinya.

Namun begitu, beliau dinasihatkan ramai supaya memilih tarikh lain bagi melangsungkan pernikahan bersama wanita yang dikenali dengan nama YR.

"Tarikh itu terlalu istimewa buat saya, tetapi ramai yang menasihatkan saya jangan buat (menikah) pada tarikh sama. Ada baiknya juga pandangan mereka itu, jadi saya akan cari tarikh lain," ujarnya.



Untuk makluman, Datuk Jalaluddin mengenali ibu tunggal yang berasal dari Serkam, Melaka itu melalui Facebook, tetapi kali pertama menegurnya untuk mengucapkan selamat berpuasa pada Ramadan lalu.

"Saya dapati ciri-ciri arwah isteri ada padanya. Selepas bernikah nanti saya mahu dia tinggal di kediaman saya sekarang.

"Saya tidak boleh berpisah dengan anak dan cucu. Saya mahu suasana seperti dulu di mana sentiasa ada majlis keramaian di rumah dan kaum keluarga selalu berkumpul," katanya.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: