13 October 2017

ISU 'CASHLESS': "BUKAN BODOH, SENGAJA TWEET SARKASTIK" - FATHIA LATIFF


Pelakon Fathia Latiff yang teruk kena hentam semalam akibat tidak faham maksud 'Cashless' atau transaksi jual beli tanpa tunai telah tampil mempertahankan dirinya.





Menurut Fathia, beliau merupakan pelajar jurusan undang-undang dahulu dan tidak bodoh untuk tidak tahu maksud kenyataan YB Khairy Jamaluddin.

"Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik. Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan.

"Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang.

"Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.

Klik untuk gambar besar


"Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian, ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat ambil serius, susahlah.

"Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.

"Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu untuk membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif.

"Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini," jelas Fathia berhubung isu itu.



Bagaimanapun, Fathia tidak patah semangat apabila dihentam bertubi-tubi hingga ada menggelarkan dirinya 'bimbo'.

Bukan itu sahaja, malah sehingga ke hari ini kontroversi video berahinya di aplikasi Bigo baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan.

Dalam kehangatan 'ulasan bijak' beliau kelmarin, Fathia sempat menyalahkan pihak media supaya lebih jelas menulis tajuk berita.

Tetapi kenyataanya itu nampaknya mengundang lebih kecaman dari peminat yang merasakan hanya beliau sahaja tidak faham maksud 'Cashless' itu.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: