12 October 2017

GANTI RUGI HANA ELITE - WATIE MAMPU BAYAR RM2,500 SEBULAN


Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Watie Sadali yang tidak diwakili peguam mengakui yang dia hanya mampu membayar RM2,500 sebulan sebagai penyelesaian bayaran tuntutan ganti rugi rakan sekumpulannya, Hana Elite.





Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 41, berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali, semalam.

Prosiding itu adalah bagi menentukan jumlah dan cara yang boleh dibayar Watie selepas di dalam prosiding sebelum ini, dia mengakui tidak mampu membayar ganti rugi sebanyak RM707,351.83 yang dituntut oleh Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 39.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 25 Oktober ini untuk membuat keputusan selepas selesai mendengar keterangan Watie.

"Itu sahaja jumlah yang saya mampu bayar berdasarkan pendapatan bulanan yang diterima. Paling tinggi yang saya mampu bayar adalah RM2,500, saya bercakap dari kemampuan, saya pun tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang sebab kerja saya tidak menentu.

Klik untuk gambar besar


"Perkara ini (saman) juga boleh menjejaskan kerjaya saya, bila terjejas macam mana saya hendak cari duit untuk bayar hutang," katanya.

Tamabah Watie, dia juga mempunyai komitmen bayaran bulanan antaranya bayaran kereta, sewa rumah, insuran keluarga dan bil utiliti serta perbelanjaan harian.

"Semua bayaran di kongsi bersama dengan suami. Jika saya ada duit, saya akan bayar dan jika suami ada duit, dia yang akan bayar," ujarnya

Terdahulu, Watie dalam keterangannya semasa prosiding memberitahu, pendapatannya pada 2015 hanyalah RM69,610, RM34,200 (2016) dan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini pula hanya RM2,500 yang telah dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: