12 October 2017

DAKWA KENYATAAN JOY FITNAH - HAFIZ HAMIDUN SERAH PADA PEGUAM


"Dia bakal dilanda masalah yang besar. Kata-katanya adalah fitnah," tutur penyanyi Hafiz Hamidun yang menyifatkan kata-kata usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin adalah fitnah.





Kelmarin, Joy telah menulis karangan panjang di Facebook bahawa mahkamah telah mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim.

Dalam kenyataan sama, Joy turut mendakwa Hafiz meninggalkannya setelah mereka berdua telah 'bersama'. Malah, Joy bersumpah mereka telah melakukannya.

Bagaimanapun, Hafiz menerusi twitter miliknya sekali lagi menafikan mereka pernah 'bersama' dan mempersoalkan mengapa Joy menyatakan pernikahan mereka berdua sah, sedangkan perceraiannya (dengan bekas suami) sah pada 10 Oktober 2017.

Klik untuk gambar besar


Hafiz menerusi Suria.fm baru-baru ini, turut memberitahu bahawa beliau juga telah mendapatkan khidmat peguam berkenaan dakwaan ini.

"Saya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut kerana saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk menangani kes ini.

"Saya pernah memberi amaran kepada Joy supaya tidak bermain dengan fakta. Saya ada kesemua bukti dan sekali lagi Joy bakal dilanda masalah," katanya.



Dalam pada itu, Hafiz juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi mengenai kes itu kerana kes pembubaran nikah yang difailkan Joy sebelum ini masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Difahamkan, mahkamah hanya akan memutuskan pernikahan antara Hafiz dan Joy sama ada sah atau tidak pada November ini.

Untuk makluman, Hafiz dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu dan perkahwinan mereka diluluskan untuk dilaksanakan oleh JAIS setelah Joy menegaskan akan menyerahkan surat cerai perkahwinan terdahulu selepas pernikahan.

Bagaimanapun, Hafiz kemudiannya tinggal berasingan dengan Joy setelah duduk sebumbung enam hari kerana meragui status sah pernikahan mereka disebabkan Joy gagal menyerahkan surat cerai yang dijanjikan.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: