12 October 2017

ISU 'CASHLESS ' - FATHIA LATIFF TERIMA KRITIKAN 'PADU'


Isu video Bigo Live belum habis lagi rasanya orang ramai bercakap, kini pelakon Fathia Latiff nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas mengeluarkan satu kenyataan di Twitter baru-baru berhubung isu 'cashless'.





Dalam kemaskini terbaru, Fathia seakan menyelar sasaran baru Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu rakyat Malaysia melakukan transaksi jual beli tanpa tunai (cashless) menjelang tahun 2050.

Namun, Fathia mengambil makna 'cashless' sebagai tiada duit dan bertanya adakah menteri tersebut mahu rakyat Malaysia kembali ke zaman dahulu dengan menggunakan sistem barter.

Kenyataan beliau itu menerima reaksi menarik dari pengguna Twitter yang rata rata menyifatkan Fathia sebagai 'bodoh' dengan mengeluarkan ayat sebegitu.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, ada juga yang mengungkit isu video Bigo Live yang menjadi hangat sebelum ini dek kerana menayang 'aset' dirinya.

Setelah menerima kecaman, Fathia mengeluarkan lagi satu kenyataan mendakwa tajuk artikel itu tidak jelas kerana perkataan 'cashless' mempunyai makna yang luas.

Adakah Fathia memang tidak tahu apa maksud sebenar 'cashless' atau beliau memang berlagak 'bimbo' untuk meraih populariti sekali lagi?

Apapun, kami harap Fathia membaca artikel itu terlebih dahulu supaya kita faham isinya sebelum komen mengenai satu-satu artikel di media sosial. Dengan cara itu salah faham boleh dielakkan dan tidaklah kena kecam.








www.myartis.com / Sumber: Fathia Latiff Twitter


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: