12 October 2017

TUNJUK 'DARAH KOTOR' - SAJAT KENA KECAM & DIHENTAM


"Bila Datangnya Darah Kotor Untuk Bulan Ini, OMG!!" demikian kata usahawan dan personaliti media sosial, Nur Sajat pada gambar 'darah kotor' yang dimuatnaik olehnya di laman Instagramnya.





Sajat yang mendakwa 'darah kotor' di atas tisu itu miliknya, telah memadam entri tersebut selepas kena kecam dan dihentam oleh netizen.

Netizen beranggapan Sajat berbuat demikian untuk meyakinkan pengikutnya bahawa dia seorang wanita tulen yang mengalami datang haid setiap bulan.

Bagaimanapun, nampaknya ia tidak berjaya sebaliknya ada netizen yang mendakwa ianya ialah darah bekam.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang mendakwa terang-terangan gambar yang dimuatnaik Sajat memperlihatkan bekas bekam di sebelah dan bukannya darah haid.

Klik untuk gambar besar


Kalau dilihat kembali pada gambar yang dimuatnaik, tidak mungkin seorang wanita menyapu darah haid menggunakan tisu siap bersarung tangan.

Sehingga sekarang, gambar yang dimuatnaik oleh Sajat masih menjadi perdebatan di Instagram walaupun dia sudah memadamnya.

Apapun, kami tidak pasti apa niat dan tujuan Sajat memuatnaik gambar tersebut. Mungkin kapsyen Sajat pada gambar membawa maksud tersirat iaitu darah bekam selepas beliau membuat proses perubatan itu.

Apapun jika benar ingin membuktikan beliau adalah perempuan tulen, rasanya ini bukanlah cara yang sesuai, nama pun 'darah kotor' kan.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: