11 October 2017

MAJLIS PERTUNANGAN JADI BUALAN: "TAK NAMPAK SALAH PUN" - ELFIRA LOY


Jika sebelum penyanyi Sufian Suhaimi tampil menjelaskan mengenai majlis pertunangannya yang menjadi bualan ramai apabila majlis tersebut dikatakan seperti perkahwinan, kini pelakon Elfira Loy pula bersuara.





Kata Elfira, dia buat tidak peduli dengan kata-kata orang luar yang mengatakan mengenai majlis pertunangannya yang dah selesai dan berjalan dengan lancar.

"Bagi saya, biarlah mereka hendak berkata apa pun mengenai majlis pertunangan kami, tempoh hari. Saya bersyukur kerana kami berdua sudah selamat ditunangkan.

"Mereka yang memperkatakan mengenai majlis terbabit dan dengan mudah menjatuhkan hukum pula sebenarnya terbukti tetap mengambil tahu mengenai perkembangan kami, biarpun kononnya mereka kata tidak peduli.

Klik untuk gambar besar


"Malah, saya juga sedar, tidak kurang pengikut di laman Instagram yang terang-terangan membuat provokasi dengan pertanyaan apakah saya sudah bernikah? Sedangkan sudah jelas ditulis, ia hanyalah majlis pertunangan.

"Namun, apabila kita dikelilingi oleh mereka yang menjadi tulang belakang dan sudi menghulurkan kerjasama, masing-masing diberikan ruang untuk berkarya.

"Saya anggap semua itu sebagai rezeki dan hadiah tajaan cukup bermakna. Ada juga di antara mereka yang julung kali bekerjasama dengan saya.



"Justeru, majlis berkenaan secara tidak langsung menjadi ruang terbaik untuk mereka memperkenalkan perniagaan masing-masing.

"Ia sesuatu yang baik untuk jangka panjang. Saya sendiri tidak nampak sesuatu yang salah pun di situ," ujar Elfira.

Apapun, memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Yang penting kita sendiri happy dan puas hati.

Diharap Elfira dan Suffian tidak mengambil pusing kritikan daripada netizen. Semoga segala perancangan untuk majlis perkahwinan tidak terjejas selepas ini.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: