11 October 2017

SEMPENA HARI LAHIR KE-29 - MELL (SAKURA BAND) AKUI PELUK ISLAM


"Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup. Ibu juga merupakan seorang mualaf dan dia banyak memberi dorongan dan menyokong keputusan saya ini.





"Bersempena hari lahir saya yang ke 29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya," kata penyanyi vokalis kumpulan Sakura Band, Mell yang mengesahkan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Mell atau nama sebenarnya Melly Matius menerusi satu posting di laman Instagram telah memuatnaik swafoto dirinya menggayakan tudung berwarna merah jambu.

"Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu #misiyakiniku," tulisnya di IG.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Mell memberitahu bahawa ibunya, Nur Batrisyah, 46, menjadi pendorong penghijrahan terbesar dalam hidup sehingga dia mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

Bagaimanapun, Mell yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, tidak mahu mengulas lanjut mengenai penghijrahannya ini kerana perlu menjaga hati beberapa pihak.

Tambahan pula, isu agama agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di negara ini.

Alhamdulillah... semoga Mell istiqamah dalam penghijrahan dan menjadi seorang muslimah sejati.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: