11 October 2017

CERAI BEKAS SUAMI SAH: JOY BERSUMPAH, HAFIZ HAMIDUN TETAP NAFI 'BERSAMA'


"Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak.

"Kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti," jelas usahawan kosmetik, Joy Revfa mengenai hasratnya yang nekad untuk bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun.





Semalam Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin menulis panjang di Facebooknya bahawa penceraian antara dia dan bekas suami, Datuk Ray Imran atau Mohd Rayos Abdul Rahman dua tahun disahkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam.

"Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah membantu saya dalam isu pernikahan saya. Tadi, bertarikh 10.10.17, Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami telah jatuh dua tahun yang lalu.

"Ini bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai dua tahun yang lalu. Nikah saya dengan 'suami' sekarang adalah sah.

Klik untuik gambar besar


Dalam masa sama, Joy bersumpah bahawa mereka sememangnya pernah 'bersama' dan mendakwa dirinya dianiaya oleh Hafiz setelah mereka 'bersama'.

"Since dia menceritakan 'isu dalam kain' kepada media yang dia tidak pernah 'menyentuh atau instimta' bersama saya, dengan nama Allah saya berani menyatakan itu adalah bohong.

"Kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yang saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia.

Bagaimanapun, Hafiz menerusi laman Twitter baru-baru ini tampil sekali lagi menafikan dan terus menidakkan perkara kenyataan Joy bahawa mereka telah 'bersama'.



Dalam pada itu, Hafiz juga mempersoalkan mengapa Joy menyatakan pernikahan mereka berdua pada 1 Mei lepas sah, sedangkan perceraiannya (dengan bekas suami) sah pada hari ini (10.10.17).

Kalau dikira isu ini agak sensitif untuk diperkatakan namun sebolehnya isu sebegini tidak perlulah dibincangkan secara terbuka biarpun bergelar selebriti.

Biarpun sudah tidak ada rasa cinta di dalam hati tetapi rasanya masing-masing perlu menjaga aib dan maruah sebagai suami isteri. Apapun semoga kes Hafiz dan Joy akan berakhir secepat yang mungkin.












www.myartis.com / Sumber: Joy Revfa Facebook & Hafiz Hamidun Twitter


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: