11 October 2017

TARIKH NIKAH - IZARA AISHAH & ADIB KHALID UMUM 17 NOVEMBER INI


Akhirnya pelakon Izara Aishah dan anak tirinya kepada Dato' Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, umum tarikh pernikahan mereka yang akan diadakan pada 17 November depan.





Menurut Adib, majlis akad nikah itu nanti akan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

"Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan," katanya.

Difahamkan, majlis persandingan di sebelah pihak pengantin lelaki pula akan diadakan dua hari selepas majlis akad nikah tersebut.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, beberapa gambar mereka ketika 'food testing' di sebuah hotel termuka di ibu negara juga turut kelihatan di laman sosial baru-baru ini.

Terdahulu, pasangan itu telah selamat mengikat tali pertunangan pada Julai lalu, dimana Izara kelihatan manis sekali di dalam persalinan berwarna kuning.

Tahniah sekali diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini, semoga segala perancangan dipermudahkan.














www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: