Baru-baru ini, ada khabar yang mengatakan pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta kini sedang hamil anak kedua bersama Zain Saidin.

Ianya selepas jurugambar Annas Easkey menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat adik Aaisyah menerusi kapsyen di laman Instagramnya.
Dek kerana itu, ramai yang meluahkan rasa teruja apabila mendengar berita Che Ta kini sedang hamil lagi.
Tidak mahu spekulasi terus timbul, pengurus Che Ta iaitu Afeeq Abd. Wahab menafikan artisnya itu kini berbadan dua.
Klik untuk gambar besar

Menurut Afiq, perbualan Che Ta dan jurugambar tersebut juga hanya sekadar gurauan.
"Tidak benar Che Ta mengandung dua bulan, dia dan Annas hanya bergurau sahaja. Sebenarnya mereka bercakap mengenai produk kesihatan Jus Goyang yang dipromosikan Che Ta," jelasnya.
Buat masa ini, Che Ta sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu kehamilannya ini.
Kami rasa ramai peminat mahu perkara ini disahkan sendiri oleh beliau bukan? Kita tunggu sahaja penjelasan dari Che ta pula.






www.myartis.com / Sumber: Utusan
________________________

No comments:
Post a Comment