25 October 2017

REZEKI ANAK - SITI NURHALIZA DIANUGERAH 'DATUK SERI'


Jika sebelum ini, pengasas produk D'Herbs iaitu Aliff Syukri menerima gelaran 'Datuk Seri' kini giliran penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza pula dianugerah gelaran tersebut.





Siti telah dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri dan kurniaan darjah itu disampaikan sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pagi semalam.

Penghormatan itu turut dikongsikan Siti menerusi akaun Instagram miliknya, sambil mengucapkan syukur diatas darjah kebesaran yang diberi.

"Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama, Bangsa, Negeri & Negara Patik..

Klik untuk gambar besar


"Menjunjung Kasih Tuanku ..Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang .. #daulattuanku #alhamdulillah," tulisnya.

Beberapa gambar turut dimuatnaik dan mendapat perhatian peminat yang mengucapkan tahniah buat penyanyi kesayangan mereka yang selamat ini mengecapi pelbagai kejayaan dalam bidang nyanyian.

Selain itu, ada juga yang menganggap kurniaan berkenaan sebagai rezeki anak, dimana pada ketika ini Siti sedang hamil empat bulan.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk.














www.myartis.com / Sumber: Siti Nurhaliza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: