Penyanyi Shahir Zawawi, 29, yang sebelum ini terbabit dalam kontroversi hangat, memberitahu bahawa dia bakal muncul untuk membuat persembahan dalam konsert akhir AF Megastar, malam ini.

"Insya-Allah, saya ada esok (22 Oktober 2017). Jadi jangan lupa saksikan Konsert Final AF Megastar. Saya ada. Ada sini," katanya.
Kata-kata Shahir itu adalah dalam sebuah video yang memberitahu bahawa dia bakal meneruskan perjuangan akhirnya di AF Megastar.
Klik untuk gambar besar

Terdahulu, Shahir telah memuatnaik status kemungkinan akan menarik diri kerana menganggap dirinya disabotaj.
Ia rentetan dari kontroversi yang terjadi antara Shahir bersama seorang pramugari 'Fireflz' bernama Mona Syamimi.
Selain Shahir, konsert akhir AF Megastar yang dikemudikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi bakal menyaksikan empat lagi finalis iaitu Idayu, Bob, Marsha dan Syamel.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment