10 October 2017

PERTUNANGAN DIKRITIK BAK PERKAHWINAN - SUFIAN BERI PENJELASAN


Pada 6 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi telah selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Alam Damai, Cheras.





Namun begitu, majlis pasangan berkenaan telah menerima kritikan hebat dari netizen yang mengatakan majlis pertungan tersebut terlalu mewah bak hari perkahwinan.

Bukan itu sahaja, Elfira dan Sufian yang mengenakan dua persalinan baju yang direka khas oleh pereka terkenal tempatan, Rizman Ruzaini, turut dikritik.

"Mengikut perancangan awal, kami memang mahu mengadakan majlis bertunang secara kecilan, hanya membabitkan insan terdekat seperti keluarga masing-masing.

Klik untuk gambar besar


"Bagaimanapun, Elfira sudah lama berada di pentas seni, jadi ramai juga kenalan rapatnya termasuk artis dan rakan media dijemput.

"Justeru, liputan yang diterima cukup meluas. Majlis itu sendiri kelihatan gah dan meriah apabila ada banyak pihak sudi bekerjasama.

"Acara itu akhirnya menjadi lebih besar daripada apa yang dirancang," jelas Sufian yang enggan melatah berhubung isu itu.



Dalam pada itu, kehadiran Sufian di majlis pertunangan mereka juga turut menerima kecaman hebat kerana dikatakan tidak mengikut syarat agama.

Difahamkan juga, pasangan ini turut menerima beberapa tajaan untuk perkahwinan mereka, jadi tidak hairanlah jika majlis mereka tampak mewah seperti orang mahu bersanding.

"Saya ke rumah Elfira pun selepas majlis pertunangan selesai. Ketika acara bertunang, tiada liputan media kerana mereka cuma diundang selepas selesai majlis sebenar.

"Jadi, apabila saya datang kemudian, banyak gambar kami berdua yang diambil dan dikongsi," kata penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terakhir'.
















www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: