09 October 2017

JODOH DENGAN 'JEJAKA EROPAH' - DATO' VIDA TIDAK MAHU GOPOH


Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) yang baru sahaja melancarkan muzik video lagunya berjudul 'I Am Me' sebelum ini pernah mengakui sedang mengenali seorang 'jejaka Eropah' berusia awal 30-an.





Apabila ditanya lebih lanjut mengenai perkara itu baru-baru ini, Dato' Seri Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman tidak mahu bersikap gopoh untuk menamatkan zaman jandanya.

Katanya, dia juga bercadang untuk memperkenalkan lelaki yang berwajah persis selebriti bola sepak dunia, David Beckham kepada peminat dunia hiburan tempatan, namun menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak mahu bercerita lebih dan bersifat gopoh. Tengoklah macam mana nanti kalau ada peluang, saya ingin juga 'menjual' dirinya dalam industri hiburan tanah air.

"Sekarang, saya simpan dulu dan kalau sudah sampai waktunya, saya akan dedahkan kepada orang ramai. Mungkin saya melibatkan dia dalam projek lagu atau klip video seterusnya, siapa tahu?

"Namun, kalau saya melebih-lebih nanti, risau pula orang fikir saya tua tak sedar diri. Apa pun saya tidak peduli, usia hanya nombor," kata Dato' Seri Vida.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: