09 October 2017

ISU GAMBAR 'SEKSI' DI TAB - MILA TAMPIL MOHON MAAF


"Saya tidak tahu mereka muatnaik di laman sosial mereka dan menjadi tular," ujar penyanyi Mila Jirin, 30, yang meminta maaf kepada semua pihak yang kurang senang terhadap gambar aksinya berbaring di sebuah tab mandi dengan seluar berwarna kulit.





Kata Mila, gambar yang diambil dalam satu sesi fotografi sebuah akhbar itu sekadar suka-suka dan bukan berniat untuk ditayang kepada umum.

"Gambar itu diambil suka-suka dengan kawan-kawan pereka fesyen Seth & Luna sewaktu sesi fotografi saya dengan sebuah akhbar minggu lalu.

"Saya pun tidak muatnaik gambar tu di Instagram sebabnya ia hanya untuk simpanan Seth & Luna," jelasnya.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin diminta mengulas tentang gambar dirinya yang dikatakan kurang sopan tersebar di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


Gambar tersebut menjadi tular selepas netizen memberi komen negatif dan menganggap aksi Mila tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.

"Saya sudah pun meminta pereka fesyen Seth & Luna untuk padamkan gambar tersebut di Instagram mereka kerana ia tidak sesuai untuk tontonan khalayak. Malangnya ia sudah tular ke media sosial lain.

"Saya mohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dan marah. Saya akui gambar tersebut tidak sepatutnya diambil," katanya.

Tambah Mila lagi, dia akan lebih berhati-hati untuk bergambar biarpun sekadar untuk simpanan peribadi.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: