09 October 2017

23 GAMBAR - KEINDAHAN RESEPSI ENGKU EMRAN & LAUDYA DI INDONESIA


Semalam, majlis resepsi pasangan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, dan Laudya Cynthia Bella, 29, di Jakarta, Indonesia telah berlangsung dengan memilih tema 'garden wedding'.





Majlis yang diadakan cukup indah itu telah dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan rapat kedua belah pasangan ini.

Turut kelihatan juga kelibat pelakon Nora Danish yang juga sedia maklum teman rapat Bella, hadir bersama suami dan beberapa rakan-rakannya, selain daripada penyanyi Amy Search dan beberapa selebriti Indonesia lain.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, anak hasil perkahwinan terdahulu diantara Emran dan pelakon dan penyanyi Erra Fazira juga hadir bersama di majlis itu.

Klik untuk gambar besar


Kalau lihat perkongsian di Instagram Nora, memang nampak indah sekali majlis resepsi yang diadakan oleh Emran dan Bella.

Untuk makluman, ahli perniagaan dan aktres terkenal Indonesia itu telah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz di lokasi sekitar Kuala Lumpur, pada 8 September lalu.

Apapun, semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan selamanya.












































www.myartis.com / Foto: Nora Danish IG, #bellaemran, #BAE, Betty Rahmad IG & @weddingtrendingupdate


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: