Semalam Mawar Rashid dan tunangnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob (Raf Yaakob) sempat menjalankan majlis bersiram dan berinai (tema Thai) turut diadakan sebelum melangsungkan majlis pernikahan pada petang ini (9 November 2017).

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum majlis akad nikah, Mawar akui perasaannya bercampur baur, berdebar tetapi turut sama teruja menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya.
"Saya teruja dan gementar untuk melalui fasa baru dalam hidup. Tanggungjawab selepas ini tentunya lebih besar dan saya punya impian untuk bergelar isteri yang solehah. Saya berharap majlis pernikahan berjalan lancar”
"Sebenarnya saya lebih gementar berbanding Raf. Saya tanya kepadanya tidakkah dia gemuruh, dia kata tidak sabar untuk bergelar suami serta mahu susah dan senang bersama saya," katanya.
Klik untuk gambar besar
MAJLIS BERSIRAM

Selain itu, Mawar turut berkongsi tentang persiapan perkahwinan yang akhirnya sudah sampai ke penghujungnya.
Apa yang menariknya, disebabkan Mawar dan Raf masing-masing mempunyai darah campuran, mereka memutuskan 'Jawa Tradisional' sebagai tema majlis nikah yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
"Saya sangat teruja kerana saya dan Raf mempunyai latar belakang keluarga yang berdarah campuran. Ibu saya darah campuran Melayu-Thailand manakala ibu Raf dari Indonesia.
"Jadi kami gabungkan setiap tradisi masing-masing dalam setiap majlis yang diadakan," jelasnya yang akan bergelar isteri kira-kira jam 2.30 petang ini.









MAJLIS BERINAI














www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment