09 November 2017

36 GAMBAR - SUASANA BIRTHDAY KE-3 JEMYMA, ANAK FASHA SANDHA


Pejam celik... sudah tiga tahun dah usia Putri Raysha Jemyma, anak perempuan kepada pelakon Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) ini.





Bagi meraikan hari istimewa itu, Fasha telah mengadakan majlis ulangtahun kelahiran anak keduanya itu kelmarin.

Kemeriahan majlis tersebut yang dikongsi menerusi laman Instagram itu turut menyaksikan kelibat Jejai yang sama hadir meraikan anak ketiganya pada majlis itu.

Dalam perkongsian beberapa gambar di IG, Fasha dan Jejai sedondon memakai baju berwarna merah jambu sebagai tema majlis hari lahir anak mereka, berserta nama 'Ibu' dan 'Dada' di belakang baju masing-masing.

Klik untuk gambar besar


Melihat kemesraan mereka, ramai mendoakan Fasha dan Jejai kembali bersatu semula kerana melihat masih ada rasa cinta diantara mereka.

Selain itu, ramai juga memuji sikap profesional mereka yang sanggup mengketepikan selisih faham diantara mereka demi anak-anak.

Turut kelihatan juga beberapa tetamu lain seperti usahawan terkenal Nur Sajat, isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida dan Rita Sosilawati yang hadir memeriahkan hari penuh bermakna itu.






































































www.myartis.com / Foto: Fasha Sandha IG, #jemymaturns3 & @wlfs4eva


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: