09 November 2017

NAFI PUTUS TUNANG - REMY ISHAK AKUI KURANG SELESA BERKONGSI


"Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu.

Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami," ujar pelakon Remy Ishak yang mengakui dia kurang selesa untuk berkongsi tentang hubungan tersebut kepada umum.





Sejak mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof pada bulan Mei lalu, Remy jarang sekali berbicara mengenai perancangan perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, timbul khabar angin yang mengatakan Remy & pengasas '2morrow Bridestory' itu sudah putus tunang. Bagaimanapun, Remy tampil menafikan gosip tersebut.

Dalam masa sama, Remy memberitahu yang beliau belum membuat sebarang persiapan perkahwinan dengan tunangannya iaitu seorang ahli perniagaan Ezza Yusof.

Klik untuk gambar besar


Kata Remy, beliau juga belum mempunyai rancangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

"Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa. Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat," jelasnya.

Bukan semua selebriti mahu menunjukkan kemesraan dengan tunang mereka untuk tatapan umum. Apapun, kita doakan yang terbaik buat hubungan Remy dan Ezza sehingga ke jenjang pelamin satu hari nanti.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: