10 November 2017

6 GAMBAR - GELAGAT EZZATY ABDULLAH & SUAMI DALAM 'MATERNITY SHOOT'


Pasangan selebriti Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos telah mengabdikan saat bakal bergelar ibu bapa dengan mengambil gambar 'Maternity Shoot' baru-baru ini.





Aksi comel dan romantik pasangan ini telah mencuri hati serta perhatian ramai terutamanya pengguna laman sosial media.

Gelagat mereka itu telah membuatkan ramai tidak berhenti memuji kecantikan Ezzaty yang popular drama 'Kau Takdirku'

Selain ucapan tahniah, mereka turut memuji sikap romantik yang ditunjukkan oleh Azwan kepada isteri kesayangannya itu.

Klik untuk gambar besar


Gambar-gambar sekitar fotoshoot untuk pasangan ini telah dirakamkan oleh jurugambar 'The Leave'.

Sementara itu, walaupun belum dilahirkan, bayi mereka yang dijangka perempuan itu sudah mempunyai akaun Instagram dengan menggunakan nama @aeffection.jr dan setakat ini sudah ada lebih 5,500 pengikut.

Semoga pasangan sepadan dan secocok ini selamat dikurniakan cahaya mata yang pastinya akan memeriahkan lagi keluarga kecil mereka.










www.myartis.com / Foto: Ezzaty Abdullah IG & Azwan Kombos IG & @the.leave


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: