10 November 2017

KANDUNGAN ISTERI KECIL - DAZRIN SANGKA 3 MINGGU RUPANYA 4 BULAN


"Saya terkejut apabila doktor beritahu yang kandungan isteri sudah memasuki empat bulan. Memang saya dah tahu isteri mengandung tapi ingatkan baru tiga minggu sebab tidak ada tanda apa-apa.





"Alhamdulillah, nasib baik bayi di dalam kandungan sihat," kata pelakon Dazrin Kamarudin, 29, yang terkejut apabila isterinya, Nur Fazulin Razali itu disahkan hamil empat bulan dan bukan baru tiga minggu yang disangkanya.

Menurut Dazrin, dia dan isteri terlalu sibuk dengan pelbagai urusan membuatkan mereka tidak ada masa untuk melakukan sebarang pemeriksaan.

"Saya dan isteri sibuk sangat sebab itu masa dapat tahu isteri hamil tidak ada masa nak pergi jumpa doktor.

Klik untuk gambar besar


"Baru sekarang nak periksa, tiba-tiba dah empat bulan. Badan dia kecil sebab itu tak nampak sangat perut dia membesar," ujarnya.

Dalam pada itu, Dazrin memberitahu yang isterinya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang mengandung.

Bayi sulung mereka dijangka lahir pada bulan April tahun hadapan dan mereka merancang untuk menyambut kelahiran tersebut di Melaka.

"Isteri saya tidak mengalami sebarang alahan pun sepanjang dia mengandung ini. Cuma biasalah rasa penat sahaja.



"Insya-Allah bayi sulung kami lahir pada bulan April tahun hadapan. Buat masa ini rancangan awal akan bersalin di Melaka," jelasnya.

Sementara itu, Dazrin kini sibuk menguruskan persiapan syarikat, produk penjagaan diri dan single terbarunya yang akan dilancarkan pada 29 November ini.

"Buat masa ini saya sibuk dengan persiapan pelancaran syarikat, produk penjagaan diri dan single terbaru saya.

"Insya-Allah akan dilancarkan pada 29 November ini," kata Dazrin yang bernikah dengan Zulin pada 6 Mei lalu di di Hotel Avillion Legacy Melaka.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: