10 November 2017

PEMINAT NAMPAK 'BERSAMA' - CINTA ZUL ARIFFIN & GAYATRI KEMBALI BERTAUT?


Kita semua mengetahui bahawa ketika ini percintaan antara Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson sedang tercalar dek kerana isu Kamal Adli dengan Emma Maembong.





Namun baru-baru ini, timbul pula kisah baharu kononnya hubungan aktor itu dengan individu yang pernah dikaitkan sebelum ini bertaut semula.

Adakah Zul kembali menyulam cinta dengan penerbit filem 'J Revolusi' iaitu Gayatri Su-Lin Pillai kerana pasangan ini dilihat muncul di kampung halaman Zul di Taiping, Perak beberapa hari lalu.

Zul terlibat dalam penggambaran filem 'Hantu Kak Limah' arahan Mamat Khalid di sebuah hutan di Taiping sementara Gayatri ialah penerbit filem berkenaan.

Klik untuk gambar besar
Gambar kereta yang dikirim oleh peminat kepada mStar


Zul dikatakan turut menghabiskan masa terluang bersama Gayatri selepas peminat terserempak mereka keluar berdua.

"Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama 'Titian Cinta', saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri," tutur peminat kepada mStar.

Kata peminat itu, dia nampak Zul dan Gayatri di sebuah hotel keluar bersama menaiki kereta Mercedes hitam dipandu aktor itu.

Selain mereka berdua, kru, pelakon dan pihak media yang membuat liputan turut menginap di hotel yang sama.



Tidak dipastikan adakah hubungan mereka ketika ini sebagai rakan sesama industri atau sebaliknya kerana kedua-dua mereka terlibat dalam projek filem berkenaan.

Zul pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri pada tahun 2012, bagaimanapun hubungan tersebut dilaporkan terputus dan kini dia bercinta dengan Zahirah.

Namun percintaan itu kini agak rumit apabila Zahirah mendedahkan Kamal cuba menggodanya sehingga membuatkan hubungan cinta Kamal dengan Emma menjadi kontroversi.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: