10 November 2017

ABBY MUATNAIK PERBUALAN WHATSAPP - PEMINAT TERHIBUR LIHAT NORMAN


Baru-baru ini Abby Abadi menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik paparan skrin perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antaranya dan Norman Hakim.





Paparan skrin perbualan tersebut telah membuatkan peminat terhibur membaca dan melihat gelagat Norman mengusik Abby.

Di bahagian kapsyen, Abby memberitahu yang dia terkejut apabila menerima mesej daripada anaknya, Mohamed Danish Hakim pada waktu 10.44 malam iaitu waktu sepatutnya anak lelakinya itu sudah tidur dan berada di asrama.

Namun rupa-rupanya mesej itu diterima daripada Norman yang menggunakan telefon bimbit anaknya itu untuk menyakat Abby.

Pengikut IG Abby terhibur apabila Norman cuba menyakat Abby dengan menghantar gambarnya yang menunjukkan lubang hidungnya.

Klik untuk gambar besar


"Buat hal memalam. Terkejut kita dapat whatspp dari handphone Danish.. Aaikkk tak gi sekolah ke? Main handphone lagi. Sekali Oman la.. dajeiii sungguh memalam ni HAHHAHAA

PS: Terima Kasih ye @normanhakim_786 antar anak2 balik sekolah lambat. Awakkan ada share dgn sekolah dorang. Tahniah! Lain kali buat lagi," kata Abby.

Dek kerana malu dengan tindakan Abby yang memuatnaik wajahnya sedemikian rupa, Norman membalas menerusi ruangan komen: "Woiii! 😅👊 Ada ubi, ada bas.. mu tunggu ku balas"






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: