Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Fouziah Gous telah berkongsikan berita gembira dimana dirinya itu telah selamat melahirkan anak keduanya hasil perkahwinan dengan Zhafran Yusof.

Difahamkan, cahaya mata kedua pasangan ini yang merupakan bayi lelaki itu dilahirkan pada 8.15 malam kelmarin.
Rata-rata perkongsian itu menerima reaksi yang baik dari peminat yang membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Bagaimanapun, menerusi entri media sosial pasangan ini juga masih tiada sebarang gambar bayi comel mereka.
Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, anak pertama Fouziah dan suami bernama Muhammad Zeeshan yang lahir pada 26 November 2015.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fouziah dan suami diatas kehadiran cahaya mata kedua mereka.
Semoga kehadiran bayi kedua ini menambahkan lagi kebahagiaan & kemeriahan dalam keluarga kecil mereka.


www.myartis.com / Sumber: Fouziah Gous IG
________________________

No comments:
Post a Comment