11 November 2017

3 TAHUN TUNGGU - PEREKA FESYEN TUNTUT RM50K DARI ERIN MALEK


Sebelum ini, pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin yang juga pereka fesyen terkenal itu mendakwa pelakon Erin Malek gagal membayar hutang berjumlah RM80,000 selepas menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persandingan beliau.





Dek kerana itu, Azura mahu perintah mahkamah dilaksanakan terhadap Erin atau sebenarnya Nur Arina Abdul Malek yang gagal melunaskan hutang RM50,000 selepas diminta dikurangkan.

Erin bernikah dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata.

Azura ketika dihubungi Harian Metro berkata, tahun lalu pihaknya sudah menghantar surat peguam dan pelakon itu bersetuju untuk menjalani proses mediasi.

"Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000.

Klik untuk gambar besar


"Pihak kami bersetuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili oleh bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarnya secara berperingkat setiap bulan," ujarnya.

Bagaimanapun selepas setahun, Erin belum melunaskan bayaran seperti yang dipersetujui.

Jelas Azura lagi, berikutan Erin meminta harga dikurangkan, mahkamah mengarahkan pelakon itu memulangkan baju perkahwinan yang dihasilkan pereka fesyen terbabit.

"Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangkan baju seperti yang diarahkan," tuturnya.



Dalam pada itu, bagi mendapatkan kembali haknya, Azura berkata yang dia hanya ada satu jalan iaitu meminta mahkamah mengeluarkan arahan pelaksanaan perintah.

"Bagaimanapun bukan mudah untuk melaksanakannya kerana surat harus diserahkan kepada Erin. Masalahnya, dia sudah berpindah dan pihak saya tidak tahu alamat terbarunya," jelas Azura.

Tambah Azura, dia cuba menjejaki Erin menerusi Instagram milik pelakon itu tetapi pesanan yang dihantar tidak berjawab.

"Komen yang dimuat naik di gambar Erin juga dipadam," katanya.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: