08 November 2017

DEMI MASA DEPAN - BELLA ASTILLAH CUBA LUPAKAN, FIKIR POSITIF


"Kehidupan saya bertambah baik ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kami. Alhamdulillah tetapi ini semua mengambil masa.





"Perlahan-lahan saya cuba. Saya tidak mahu kenang lagi kerana jika saya terluka itu akan menjejaskan diri dan keluarga saya. Saya kena fikir positif demi masa depan yang cerah.

"Walaupun orang masih bercakap, saya buat tidak dengar," kata Bella Astillah yang mahu berfikiran positif dan cuba untuk bahagia bersama suaminya, Aliff Aziz.

Dalam masa sama, Bella juga sudah tidak kisah lagi dengan percakapan orang ramai tentang kes mereka.

Klik untuk gambar besar


Bukan mudah untuk seorang isteri melupakan insiden pernah dikasari suami tercinta ketika berduaan dengan wanita lain di dalam bilik karaoke.

Lebih-lebih lagi dirinya itu apabila masih dalam berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung.

Terdahulu, isu antara Aliff, Bella dan Afifah Nasir mula menjadi tumpuan ramai semula selepas Afifah membuat kenyataan sudah berbaik dan bermaafan dengan Bella.

Namun, Aliff tampil menafikan perkara tersebut dan mendakwa Afifah bercakap bohong dan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan lagi tentang mereka.








www.myartis.com / Sumber: MMO


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: