25 November 2017

4 FOTO: SELAMAT NIKAH - MELL SAKURA KINI ISTERI WAN 6IXTH SENSE


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada vokalis kumpulan Sakura Band, Mell yang telah selamat bergelar isteri kepada seorang pemain dram kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan (Wan), jam 9 pagi semalam.





Pasangan selebriti itu diijabkabulkan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, negeri kelahiran penyanyi wanita itu.

"Sukar untuk saya gambarkan kegembiraan apabila majlis nikah berjalan dengan lancar. Saya kini dapat menghela nafas lega dan bersyukur semuanya mengikut apa yang dirancang.

"Selepas enam tahun berkawan, akhirnya kami disatukan menjadi suami isteri. Apa yang membuatkan Mell tertarik dengan Wan kerana dia seorang yang matang, penyabar dan sangat memahami kerjaya.

Klik untuk gambar besar


"Lebih manis, apabila Wan turut berkecimpung dalam bidang yang sama dan kami dapat berkongsi idea untuk menyerikan lagi industri seni tempatan," kata Mell atau nama penuhnya Melley Matius yang memeluk Islam pada awal tahun ini.

Untuk info, pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan mereka pada Aidilfitri lalu.

Difahamkan, majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada esok hari (Ahad - 26 Nover 2017) di Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu.

Manakala, resepsi bagi pihak lelaki pula bakal berlangsung di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, pada 24 Disember depan.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: