"Keluar, I Dont Want To See Your Face Anymore," demikian kata Azal, anak autism aktres Zarina Zainuddin yang mendakwa dirinya itu dimarahi dan dihalau oleh aktor popular Zul Ariffin.

Kata-kata dakwaan Azal itu dibuat melalui sebuah video yang dimuatnaik oleh pemilik salon terkenal, Ridz Okumura menerusi akaun Instagramnya. Video terbabit telah membuatkan media sosial menjadi kecoh semalam meskipun ia isu lama.
Umum mengetahui bahawa Zarina mempunyai anak lelaki kembar bernama Azal dan Azil yang menghidap penyakit Autism.
Azal yang boleh berbicara tidak seperti abangnya Azil sememangnya seorang pemuda yang cukup meminati dan sering ingin beramah mesra dengan artis Malaysia. Selalunya, artis-artis pasti akan melayan kerenah Azal.
Klik untuk gambar besar

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap Zul yang dianggap biadap terhadap anak istimewa seperti Azal. Yalah... anak istimewa macam Azal mana pandai berbohong kan?
Tambah mereka, sebagai seorang pelakon yang dikenali, Zul tidak harus melakukan perkara tersebut. Apa-apa pun, kita tunggu apa kenyataan Zul berhubung isu ini.



ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment