24 November 2017

NIKAH HARI INI - MEL SAKURA TAK KISAH DITUDUH PELUK ISLAM KERANA KAHWIN


Selepas memeluk agama Islam, ada segelintir pihak yang beranggapan vokalis kumpulan Sakura Band, Mell memeluk agama tersebut kerana ingin berkahwin.





Mell atau nama sebenarnya Melly Matius, 29, ketika ditanya mengenai hal ini berkata yang dia tidak kisah dan tidak menafikan perkara tersebut kerana ia membawa kebaikan bukan keburukan.

Malah, Mell masih dan akan terus mempelajari tentang Islam lebih mendalam selepas dirinya berkahwin dengan pilihan hatinya tidak lama lagi.

"Tak kisah orang nak cakap saya peluk Islam sebab nak kahwin. Memang tak nafikan ia salah satu sebab saya ambil keputusan untuk berhijrah. Bagi saya, perkara itu membawa saya kearah kebaikan bukan keburukan pun.

Klik untuk gambar besar


"Sekarang ini saya masih lagi belajar dan Insya-Allah akan terus belajar mengenai Islam selepas berkahwin," tuturnya.

Pada 10 Oktober lalu, Mell telah mengesahkan bahawa dirinya itu memeluk agama Islam pada awal tahun ini.

Sementara itu, Mell hari ini (Jumaat - 24 November 2017) akan bernikah dengan pemain drum kumpulan 6ixth Sense iaitu Mohammad Safwan pada pukul 9 pagi di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Mell, dia mula mengenali Wan hampir enam tahun menerusi kenalan rakannya ketika menghadiri sebuah majlis.



Namun, hubungan yang terjalin tidak diketahui umum disebabkan mereka mengambil langkah tidak berkongsi kisah peribadi di laman sosial.

"Saya kenal Wan pada tahun 2012 melalui rakan. Sejak itu kami mula rapat dan menjalinkan hubungan. Tapi rasanya tak ramai yang tahu sebab memang kami tidak berkongsi di laman sosial. Saya lebih fokus pada karier nyanyian dan kumpulan Sakura Band," ujarnya.

Difahamkan, majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu, Sabah.

Manakala, majlis pihak lelaki pula bakal berlangsung di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi pada 24 Disember depan.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: