24 November 2017

KENALI FATTAH BEBERAPA BULAN - HATI FAZURA TERBUKA UNTUK BERKAHWIN


Segala spekulasi yang timbul mengenai hubungan Fattah Amin dengan Nur Fazura akhirnya terjawab apabila pasangan terbabit mengesahkan mereka sudah bertunang pada 13 November lalu sebelum menunaikan umrah.





Siapa sangka bermula hanya sebagai pasangan berlakon di dalam drama 'Hero Seorang Cinderella', timbul pula bibit percintaan antara Fattah dan Fazura.

Menurut Fazura, pintu hatinya terbuka untuk menjadi teman hidup Fattah setelah semakin rapat hari demi hari dan sudah mengenali satu sama lain.

"Saya diketahui sebagai seorang yang berdikari dan degil, kerana saya mata mementingkan kerjaya. Dengan kuasa Allah selapas beberapa bulan mengenali hati budi dan memikirkan mengenai masa depan, saya terbuka hati untuk berkahwin.

Dalam masa sama, Fazura juga memberitahu beliau dan Fattah sebenarnya tidak bertunang dalam keadaan tergesa-gesa.

Klik untuk gambar besar


Jelas Fazura lagi, mereka mengambil masa untuk berkongsi berita gembira tersebut atas pemintaan keluarga Fazura yang amat mementingkan privasi.

"Majlis bertunang sudah dirancang beberapa minggu lebih awal, bukan diadakan dengan tergesa-gesa. Kami ingin fokus kepada ibadah terlebih dahulu, bukannya tidak mahu kongsikan dengan media dan peminat.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang sabar menunggu pengumuman kami. Kami menghargai sokongan anda dan etika yang anda amalkan," ujarnya.

Dalam tempoh pertunangan ini, memang akan ada cabaran tetapi apa yang penting anda berdua harus bersabar. InshaAllah segala perancangan Fattah dan Fazura untuk berkahwin berjalan dengan lancar.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: