24 November 2017

WAJAH, NAMA ANAK - AMYRA & AMAR DEDAH DALAM PROGRAM TV BULAN DEPAN


"Saya dan isteri berbesar hati nak kongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran dan tak boleh langgar kontrak. Insya-Allah awal bulan depan episod pertama mula ditayangkan.





"Apa saya boleh kongsikan, nama anak kami bermula dengan A," kata pelakon Amar Baharin yang memberitahu bahwa dia dan isterinya, Amyra Rosli buat masa ini belum bersedia mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka.

Untuk makluman anda, anak sulung pasangan sama cantik sama padan ini yang merupakan lelaki itu selamat dilahirkan pada 15 Oktober lalu.

Ujar Amar lagi, wajah dan nama anak mereka dalam sebuah program realiti yang akan mula bersiaran awal bulan depan itu mempunyai lapan episod.

"Saya dan isteri mengambil keputusan memuatnaik juga gambar anak, tetapi tidak secara penuh. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan peminat.

Klik untuk gambar besar


"Kami tak nak macam segelintir artis lain yang meletakkan emoji pada wajah anak. Ia hanya menimbulkan kemarahan orang," jelasnya.

Dalam pada itu, Amar berkata dia juga turut 'berpantang' seperti isterinya apabila tidak mengambil sebarang tawaran kerja sepanjang hampir dua bulan ini.

Memandangkan ini anak pertama kami, jadi saya merasai pengalaman menguruskan semuanya. Disebabkan itu juga, kami tidak mengambil pembantu. Cuma saya beruntung apabila ibu mentua turut sama membantu.

"Buat masa sekarang, saya okey untuk buat sendiri. Alhamdulillah, anak juga tidak banyak ragam. Kalau menangis pun sebab nak menyusu atau dia buang air. Setakat ini belum ada lagi kejadian yang tak diingini," tuturnya.






























www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: