23 November 2017

KAMI BELUM NIKAH - FATTAH & FAZURA


"Alhamdulillah, pada 13 November lalu, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan bertunang.

"Saya dah Fazura memang merancang untuk bertunang sebelum menunaikan Umrah. Kami belum lagi bernikah seperti yang diperkatakan," demikian dedah Fattah dalam satu sidang media yang diadakan hari ini di di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.





Tambah Fattah, dia dan Fazura akan berkahwin dalam masa terdekat secara tertutup.

"Saya dan Fazura juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain. Daftar kursus kahwin dan uruskan dokumen kahwin.



"Kami mahu berkongsi berita gembira ini selepas kami pulang tapi banyak pula spekulasi yang timbul," ujarnya dipetik sebagai berkata sekaligus menepis dakwaan yang mereka telah bernikah pada 14 November lalu seperti yang dihebohkan.

Katanya, 14 November lalu mereka hanya membuat majlis kesyukuran dan doa selamat disebabkan mahu mengerjakan umrah.

"Tidak ada majlis pernikahan," jelasnya.



Untuk info, Fattah dan Fazura merancang untuk melansungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun resepsi akan diadakan pada tahun depan.

Mereka juga bakal mengadakan majlis nikah secara tertutup dan hanya menjemput pihak yang rapat sahaja, Manakala pihak media hanya akan diundang pada majlis resepsi.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: