23 November 2017

ANAK SULUNG HAMIL 5 BULAN - DIDIE ALIAS MENANGIS BAKAL JADI NENEK


Selepas dikejutkan dengan berita gembira dimana anak sulung, Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan kini sedang hamil lima bulan, pelakon dan pengacara Didie Alias, 45, mengakui dirinya mengalirkan air mata kerana bakal bergelar nenek.





Jelas Didie, dia menangis kerana terlalu teruja dengan berita itu kerana pada awalnya dia tidak memahami dengan klu diberikan oleh anak perempuannya itu.

"Pada hari dia memberitahu berita itu saya dalam keadaan letih dan dia memberikan saya botol susu sebagai isyarat untuk memaklumakan dia sedang hamil.

"Awalnya memang saya tidak faham dengan maksud botol itu tetapi selepas beberapa ketika barulah saya dapat tangkap maksudnya dan terus menangis.

Klik untuk gambar besar


"Memang teruja sangat hendak dapat cucu pertama dan pada masa sama tidak menyangka anak saya sedang hamil," ujar Didie.

Dalam pada itu, Didie atau nma sebenarnya Fadzilah Mohd Ali berkata, dia bersyukur diberi kesempatan pada usia 40-an untuk merasai pengalaman bergelar nenek.

"Dhaniyah akan bersalin sekitar Mac tahun hadapan dan bagi saya ia sangat menggembirakan kerana pada usia sekarang, Alhamdulillah masih sihat dapat melihat dan bermanja dengan cucu, Insya-Allah," katanya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: