17 November 2017

7 GAMBAR - KEMESRAAN & KEAKRABAN LAUDYA & ERRA FAZIRA CURI TUMPUAN


Menerusi laman Instagram masing-masing, hubungan mesra dan keakraban yang terjalin Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella telah mencuri tumpuan ramai yang gembira dan kagum selain mendoakan agar hubungan kekeluargaan mereka sentiasa kekal bahagia.





Iyelah... bukan selalu kita dapat saksikan hubungan di antara bekas isteri dan isteri baru terjalin rapat.

Melihat pada kapyen, Erra dan juga Bella bukan saja sama-sama menghantar anak mereka, Aleesya ke sekolah malah turut meluangkan masa dengan aktiviti zumba.

Klik untuk gambar besar


Jika dilihat dari satu sudut, sudah pastinya suami Bella, Engku Emran dan juga Erra sudah pun melupakan persengketaan masa lalu.

Mereka bertiga nampaknya kini memberikan tumpuan sepenuhnya untuk masa hadapan yang lebih baik lebih-lebih lagi buat Aleesya yang pastinya memerlukan kasih sayang ibu bapa. Untung Aleesya dapat berkongsi kasih sayang bersama dua orang ibu.












www.myartis.com / Foto: Erra Fazira IG & Laudya Cynthia Bella IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: