17 November 2017

14 FOTO: 'ROLLS ROYCE', KERETA RASMI KAHWIN - IZARA BERINAI GAYA BOLLYWOOD


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Izara Aishah yang bakal bergelar isteri kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid hari ini (17 November 2017).





Bakal menjadi sebahagian dari keluarga Siti, Izara nampaknya ditatang bagai minyak yang penuh selain disayangi oleh keluarga Adib.

Lebih menariknya apabila Izara juga baru sahaja menerima hadiah istimewa berupa kereta mewah, Rolls Royce dari bakal abang ipar.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik, Izara dan tunangnya itu kelihatan sangat terkejut dengan bentuk hadiah yang bernilai jutaan ringgit buatnya.

Klik untuk gambar besar


Video tersebut tidak dimuatnaik di Instagram pasangan ini, tetapi begitu viral di Facebook hinggakan menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, tunang Izara tampil menjelaskan kereta Rolls-Royce yang diterima mereka seperti dipaparkan dalam sebuah rakaman bukanlah hadiah perkahwinan seperti digembar-gemburkan.

Sebaliknya kata Adib, kenderaan mewah itu ialah kereta rasmi yang bakal digunakan sepanjang majlis perkahwinan mereka.

"Abang saya, Anas, memang terbabit dengan perniagaan kereta mewah dan kebetulan, Rolls-Royce adalah antara jenama yang dijual mereka.



"Justeru untuk tujuan promosi, syarikatnya menaja kenderaan berkenaan untuk kami gunakan sepanjang majlis perkahwinan ini berlangsung.

"Kalau ada sesiapa ingin membeli kereta itu selepas ini, bolehlah menghubungi saya," ujar Adib sambil ketawa ketika dihubungi.

Sementara itu, sebelum melangsungkan perkahwinan hari ini, Izara dan juga pilihan hati itu terlebih dahulu mengadakan majlis berinai.



Perkara tersebut dikongsikan oleh Siti dan juga melalui hashtag #adibizara di laman Instagram dan peminat jelas sekali turut berkongsi rasa gembira dan tidak sabar untuk menantikan Siti menerima menantu.

Dalam perkongsian gambar tersebut juga Izara dilihat mengenakan busana bertemakan 'Bollywood' manakala Adib dengan gaya kasual.

Difahamkan, majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 19 November ini. Apapun, semoga segala perjalanan majlis pasangan ini akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pertunangan pada 17 Julai lalu.






















VIDEO IZARA & ADIB TERIMA KERETA RASMI KAHWIN MEREKA, ROLLS ROYCE

ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: