17 November 2017

PERNIKAHAN FATTAH & FAZURA - 'PAID' SAHKAN TIADA TERIMA PERMOHONAN


Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat tentang pernikahan pelakon Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura, 34, yang didakwa telah bernikah secara senyap pada malam Selasa lalu.





Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon tersebut juga belum hadir untuk menguruskan hal berkaitan nikah kahwin di pejabat agama berkenaan.

"Kebiasaannya tiada majlis pernikahan dilakukan pada waktu berkenaan (malam). Pihak yang mahu berkahwin sepatutnya membuat permohonan pernikahan terlebih dahulu sebelum dinikahkan oleh pegawai dari pejabat agama," kata jurucakap tersebut.

Namun begitu tambahnya, sesuatu pernikahan boleh juga dibuat tanpa mendapat permohonan pejabat agama daerah iaitu dengan menggunakan khidmat juru nikah kariah masjid berdekatan.

Bagaimanapun katanya, dalam kes berkenaan, ia perlu dilakukan secara tertutup yang kebiasaannya bagi kes tangkap khalwat.

Klik untuk gambar besar


"Apa-apa pun, jika mereka (Fattah dan Fazura) benar-benar sudah bernikah, mereka perlu datang daftar di sini (jika pernikahan dilakukan di daerah Petaling)," ujarnya kepada mStar Online.

Media melaporkan, satu majlis telah berlangsung di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya pada malam Selasa lalu namun tidak dipastikan sama ada ia majlis pernikahan, pertunangan atau kenduri kesyukuran untuk mereka mengerjakan umrah.

Fattah dan Fazura bersama keluarga masing-masing telah berlepas pada pagi Rabu bagi menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Sementara itu, pasangan berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengadakan satu sidang media pada 23 November ini selepas pulang mengerjakan umrah. Sama-sam kita nantikan.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: