"Siapa tu? Saya pun nak tahu juga, rasanya kalau betul itu saya memang sudah tak jadi kahwinlah," demikian kata pelakon Idris Khan, 29, yang menafikan gosip seorang aktor drama kegilaan ramai yang menghamilkan bekas kekasihnya dan lari sehingga lahirnya anak luar nikah.

Dalam laporan tersebut, wanita yang berusia 20-an mendedahkan seorang pelakon popular telah melarikan diri setelah menyedari wanita itu hamil tiga bulan.
Dedah wanita itu lagi, pelakon itu enggan bertanggungjawab atas perkara yang berlaku dan telah diserang kekasih pelakon itu apabila wanita itu cuba menghubunginya.
Isu tersebut telah mendapat perhatian netizen sejak kelmarin dan pelbagai spekulasi yang tercetus dan antara aktor yang dituduh adalah Idris Khan.
Klik untuk gambar besar

Idris yang bakal berkahwin dengan gadis Maghribi, Sanaa Jeljalane, 26, pada 20 Januari 2018 itu bagaimanapun menafikan gosip hangat tersebut.
Sedang rancak menguruskan persiapan perkahwinan, Idris dalam perkembangan lain bakal memulakan perusahaan bisnes jagung bijirin di Pahang pada tahun depan selain menerbitkan filem sulungnya, 'Gates of Lazuardi' tidak lama lagi.
Erm, kami tahu ramai yang sakit hati dan ingin mengetahui siapakah aktor yang sanggup lari meninggalkan teman wanitanya dan tidak mahu bertanggungjawab selepas memuaskan nafsunya. Namun, kita tidak boleh membuat sebarang tuduhan tanpa bukti yang kukuh.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment