17 November 2017

DIUJI PELBAGAI DUGAAN - KAMAL ADLI RASA DIRINYA PERLU 'MANDI BUNGA'


Umum mengetahui pelakon Kamal Adli diuji pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini, bermula dari kontroversinya melibatkan Zahirah MacWilson dan akhirnya kembali menjadi kawan kepada Emma Maembong.





Kehidupan Kamal yang baru dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 itu turut terpalit dengan masalah lain termasuklah kehilangan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilla Shiver beberapa bulan lalu.

Bukan itu sahaja, minggu lalu pelakon utama 'Duda Pujaan Dara' itu terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kereta yang dinaikinya remuk di bahagian depan gara-gara mengelak daripada terkena tayar lori.

"Alhamdulillah, saya tidak cedera cuma sedikit terkejut susulan kejadian yang berlaku. Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak tayar sebuah treler yang lengkap dengan rim tiba-tiba jatuh bergolek di tengah-tengah jalan”

Klik untuk gambar besar


"Jadi, bahagian hadapan kereta saya rosak teruk kerana hentaman yang kuat. Pada malam itu juga saya terus membuat laporan polis dan difahamkan selain saya ada juga beberapa buah kenderaan lain yang mengalami kes serupa.

"Apapun, saya terima semuanya dengan reda. Rasanya selepas ini saya kena mandi bunga," katanya kepada Astro Gempak.

Bertabahlah wahai Kamal. Bukan semua orang mampu berhadapan dengan pelbagai dugaan dan mungkin juga ada rezeki lebih besar menanti di masa hadapan.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: