16 November 2017

HAMIL LUAR NIKAH - WANITA 20-AN DAKWA LAHIRKAN ANAK PELAKON POPULAR


"Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini. Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama.





"Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur," demikian kata wanita berusia 20-an yang telah selamat bersalin dan mendakwa anak tersebut adalah hasil hubungan dengan pelakon popular itu.

Wanita itu dalam pendedahannya, mendakwa mereka pernah bercinta empat tahun lepas namun kembali bertemu melalui aplikasi Bigo sehingga terlanjur dalam satu kejadian di Port Dickson.

Bagaimanapun aktor berkenaan menghilangkan diri selepas itu sehingga dia menyedari sedang hamil tiga bulan dan usaha menghubungi pelakon itu gagal.

Wanita muda itu memberitahu, dia kecewa apabila pelakon berkenaan bertindak melarikan diri dan enggan bertanggungjawab dengan perkara yang berlaku.

"Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan," jelasnya.

Pendedahan berhubung sikap tidak bertanggungjawab seorang pelakon lelaki yang menghamilkan seorang wanita sehingga melahirkan seorang zuriat terus mendapat perhatian netizen.

Kisah yang menjadi tular sejak pagi semalam itu menimbulkan kemarahan masyarakat selain meminta artis itu tampil membersihkan namanya jika dakwaan wanita tersebut itu tidak benar.

Malah ada yang mahu pelakon itu mengakui perbuatannya itu selain bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan dengan wanita berkenaan.

Identiti sebenar pelakon yang didakwa terlibat dalam kemelut itu juga terus menjadi teka-teki peminat industri hiburan tempatan yang mahu mengetahui dalang di sebalik perbuatan terkutuk itu.



Dalam pada itu, walaupun ramai mengkritik perbuatan pelakon itu masih ada yang memberikan kata-kata semangat selain meminta masyarakat tidak terus menjatuhkan hukum atas kesilapan dilakukannya.

Kata wanita itu lagi, jika pelakon drama itu tidak mahu bertanggungjawab sekalipun, dia sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungan itu sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

"Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

"Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu," ujar wanita yang tidak yang kisah jika pelakon itu tidak mahu bertanggungjawab.

Dalam pada itu, wanita tersebut berkata, dia sudah menguruskan pendaftaran bayi berkenaan dan akan menjaga anak tersebut dengan baik.

"Saya akan jaga sendiri anak ini walau dalam keadaan saya susah sekalipun. Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu," tuturnya.

Sehubungan itu, wanita tersebut merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai yang sedang mencipta nama ini menghubunginya segera untuk menyelesaikan kes mereka dengan baik.

Habis madu sepah dibuang! Itulah perumpaan yang boleh diberikan kepada pelakon lelaki ini yang bersikap lepas tangan selepas menghamilkan seorang wanita sehingga melahirkan seorang zuriat.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: