16 November 2017

DITUDUH BAYAR GAJI BODYGUARD RM1,000 - ALIFF SYUKRI RASA BENGANG


Pengasas produk D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering menerima kecaman netizen dalam setiap perkara yang beliau lakukan itu bagaimanapun masih tetap ingin memuatnaik perihal peribadinya di akaun Instagram.





Terbaru, timbul pula beberapa dakwaan daripada netizen yang mengatakan Datuk Seri Aliff hanya membayar gaji sebanyak RM 1,000 kepada pengawal peribadinya. Eh betul ke?

Netizen berpendapat bayaran itu tidak setimpal dengan skop kerja serta kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat naik.

Enggan dirinya terus diperkatakan, Datuk Seri Aliff tampil menafikan dakwaan tersebut dan meminta netizen tidak memfitnah beliau.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Datuk Seri Aliff juga memuatnaik beberapa 'screenshot' kecaman yang dilemparkan kepada dirinya.

Agak tidak logik kalau hendak beri gaji RM1,000 zaman sekarang. Sebagai seorang majikan, pastinya Datuk Seri Aliff tahu menghargai pekerjanya.

Beliau pasti memberikan bayaran setimpal dengan pekerjaan yang ditawarkan cuma beliau tidak mahu menyatakan jumlah sebenar gaji pengawal peribadinya.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja respon selanjutnya daripada usahawan terkenal tersebut.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Aliff Syukri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: