16 November 2017

ISU TUNANG & NIKAH - FATTAH & FAZURA ADAKAN SIDANG MEDIA LEPAS UMRAH


Baru-baru ini, pasangan yang sering dikaitkan bersama iaitu Fattah Amin dan juga Nur Fazura nampaknya kini mengundang persoalan kepada peminat merekalah terutamanya.





Ia berhubung khabar dimana Fattah dan Fazura telah mengikat tali pertunangan serta sudah bernikah dalam sebuah majlis rahsia yang berlangsung malam kelmarin.

Menurut laporan, hasil tinjauan mendapati khemah yang didirikan di perkarangan rumah (dipercayai kediaman nenek Fazura) dihias umpama sebuah majlis perkahwinan.

Bukan itu sahaja, laluan masuk di kediaman tersebut dikawal dengan ketat oleh adik dan pembantu peribadi Fazura dan hanya tetamu tertentu sahaja dibenarkan masuk.

Klik untuk gambar besar


Malah, pengurus Fattah juga ketika ditemui tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai berita pernikahan tersebut dan meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi daripada Fattah sendiri.

Menerusi ruangan komen di gambar Kaabah yang dimuatnaik di akaun Instagram Fattah, ramai yang sudah memberikan komen mengenai perkahwinan itu dan ia juga mula dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh peminat.

Bukan itu sahaja, menerusi Harian Metro, ada sumber memberitahu bahawa Fattah dan Fazura bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.



Ekoran khabar angin yang kini hangat diperkatakan, pihak Fattah dan Fazura masing -masing tampil memberikan reaksi mereka terhadap isu tersebut.

Dalam satu siaran media yang dikirimkan oleh wakil kedua-dua mereka, Fattah dan Fazura berjanji untuk mengadakan sidang media khas pada 23 November ini sekembalinya mereka dari Tanah Suci selepas mengerjakan ibadah umrah bersama-sama.

Sidang media itu dipercayai diadakan bagi menjawab segala spekulasi tentang hubungan mereka berdua selama ini termasuklah gosip pertunangan serta pernikahan.



"Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga Umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, berikutan dari perkara ini pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November. Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan dalam waktu terdekat ini," katanya.

Sejauh mana kebenaran perkhabaran tersebut masih lagi menjadi tanda tanya kerana kebanyakan individu yang rapat dengan pasangan ini enggan memberikan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut.

Apapun, kita semua harus tunggu 23 November ini untuk mendengar perjelasan Fattah dan Fazura berhubung isu hangat ini.










www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: