18 November 2017

35 FOTO - SEKITAR MAJLIS NIKAH & RESEPSI IZARA AISHAH & ADIB KHALID


Akhirnya... dengan sekali lafaz, pelakon Izara Aishah, 25, kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Adib Khalid, 27, tepat jam 9.00 malam semalam.





Dalam majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Damansara, pasangan itu dinikahkan bapa saudara Izara iaitu Mohd Rosli dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Jazlan Ali.

Difahamkan, Izara menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan tujuh dulang. Manakala, wang hantaranya pula dirahsiakan.

Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Antara rakan artis yang hadir ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar


Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun itu turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan sesuai acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.

Busana kedua mempelai mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal Dato' Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib. Tatarias pula oleh Khir Khalid.

Bagi majlis resepsi belah lelaki pula, ia akan diadakan di Kuala Lumpur yang akan disertai keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.




































































www.myartis.com / Foto: Siti Nurhaliza IG, @shahrizanshafie, Hlive & #adibizara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: