18 November 2017

KEIKHLASAN UMRAH DIPERSOAL & DIKECAM - JOY REVFA TAMPIL BERSUARA


Pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa yang sebelum ini menghadapi pergolakkan rumah tangga dengan bekas suami, Hafiz Hamidun itu kini sekali lagi dikecam hebat apabila memuatnaik gambar berdoa di masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini





Ramai mempertikaikan keikhlasan usahawan yang kini terkenal itu ketika beribadah kerana gambar terbabit.

"Alhamdulillah sempat solat Subuh tadi di Al-Masjid an-NabawΔ« i πŸ•Œ Terharu bila kali pertama diizinkan Allah swt jejakkan kaki di sini..πŸ’•," tuturnya ketika berada di masjid Nabawi.

Jika dilihat pada gambar itu, ketika orang ramai sedang kusyuk beribadah, Joy pula duduk mengadap arah bertentangan, bergambar sambil menadah tangan berdoa.

Bagaimanapun perkongsian itu menimbulkan rasa tidak senang orang ramai kerana bimbang timbul perasaan riak ketika beribadah.

Klik untuk gambar besar


Dalam gambar lain, wajah Joy turut dilihat bertata rias, lengkap dengan gincu dan 'eyeliner' sehingga ada yang mempersoalkan bilakah wanita itu beribadat?

Tidak habis disitu, ada juga melemparkan rasa skeptikal terhadap selebriti yang sering ke tanah suci hanya untuk bergambar semata.

Menyedari dirinya dikritik, Joy tidak berdiam diri apabila tampil bersuara menerusi kapsyen serta sempat membalas kecaman peminat.

Dalam bahagian komen, Joy menjelaskan bahawa gambar tersebut dimuatnaik ketika beliau makan dan bukan ketika beribadat.



"*Ini sekadar lakonan bukan tgh solat pun ni.. sbb tu tak kearah kiblat. Diharap fake account yg terlebih perihatin yg keluar ayat tak puas hati tu, sila la jgn tgk lg IG saya, byk lg IG orglain boleh tengok k.. (Daripada bebel kt saya gara2 bgambr dlm masjid lebih baik pegi tegur org yg upload photo dlm night club tu πŸ˜…)

"Sekurang2nya saya upload aktiviti disini, ramai kawan2 yg semakin teruja nak sama2 menunaikan umrah. Alhamdulilah.. Apa2 pun, saya doakan kpd fake account “makcikbawang” tu diberi hidayah terbaik dr Allah swt.. amin..😘," kata Joy berhubung dirinya dikecam dek kerana gambar-gambar dirinya ketika berada Tanah Suci.

Apapun, memang bukan kerja manusia untuk mengukur keikhlasan seseorang dalam beribadat. Tetapi sebaiknya rebutlah peluang beribadat ketika berada di tanah suci dan lupakan seketika dunia media sosial.




















www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan, Rotikaya & Joy Revfa IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: