18 November 2017

GOSIP TUNANG & NIKAH FATTAH & FAZURA - SHERRY IBRAHIM DOAKAN BAHAGIA


"Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik.

"Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing.





"Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia," kata pelakon Sherry Ibrahim yang tumpang gembira sekiranya bekas kekasih, Fattah Amin sudah benar-benar bertunang ataupun berkahwin dengan Nur Fazura.


Dalam masa sama, Sherry juga berkata yang beliau berharap pasangan sensasi itu bahagia bersama.

"Sebagai wanita yang pernah rapat dengan Fattah, saya lega apabila tiada pihak membandingkan saya dengan mana-mana wanita yang dikaitkan dengannya selepas saya.

"Saya tiada masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Jika ada yang bertanya, saya anggap ia hanya sekadar pendapat dan saya mendoakan yang terbaik buatnya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Teka-teki pernikahan Fattah dan Fazura masih lagi menjadi bualan ramai sehingga saat ini, peminat sudah tidak sabar untuk menantikan pasangan ini mengeluarkan kenaytaan rasmi berhubung spekulasi perkahwinan mereka.

Untuk makluman, Sherry dan Fattah mula bercinta sekitar tahun 2014 selepas mula rapat ketika menjalani penggambaran drama 'Cinta Ibadah'.

Mereka kemudian membuat keputusan untuk berpisah pada Ogos 2016 kerana sudah tidak ada persefahaman lagi.

Apapun, kami puji sikap Sherry yang tidak mahu memikirkan hal lalu dan tetap mendoakan yang terbaik buat Fattah.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: