18 November 2017

TAHNIAH - BEKAS AHLI RUNNING MAN, KANG GARY KINI BERGELAR BAPA


Penyanyi rap dan juga bekas anggota Running Man, Kang Gary menerusi laman Instagram telah menyampaikan berita gembira dimana dirinya kini bergelar bapa apabila isterinya itu selamat bersalin.





Kang Gary atau nama sebenarnya Kang Hee Gun memuatnaik satu gambar yang menunjukkan telapak kaki anaknya yang kemerah-merahan khas buat tatapan peminat dan disertakan dengan kapsyen ringkas 'Gary Junior'.

Gambar itu juga turut dikongsi oleh peminat Running Man diseluruh dunia menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan juga IG dengan hashtag #GaryJunior.

Dalam pada itu, ruangan komen di gambar berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Untuk makluman, Gary telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 April lalu secara rahsia tanpa sebarang majlis.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Foto: Instagram @halyang_kanggary


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: