19 November 2017

28 GAMBAR - RESEPSI 'BEACH WEDDING' JULIANA EVANS TERIMA KECAMAN


Seperti semua sedia maklum, pelakon berdarah kacukan, Juliana Evans sudah selamat menjadi suri hati Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, pada 30 April lalu.





Majlis akad nikah sama cantik sama padan itu berlangsung secara tertutup di Shah Alam bagi menjaga privasi selain faktor protokol istana.

Kelmarin, Juliana dan suami telah diraikan oleh rakan-rakan dan kaum keluarga dalam satu majlis resepsi yang bertemakan 'Beach Wedding' yang ringkas tapi tetap meriah dan elegan.

Dalam majlis tersebut, Juliana kelihatan anggun dalam persalinan serba putih yang magical manakala Y.A.M Tengku Shariffudin kacak dalam sut serba hitam.

Majlis yang diadakan di The Andaman, Langkawi itu telah mencuri tumpuan netizen yang ratanya memuji kecantikan pasangan ini.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, ada juga sesetengah netizen yang mengkritik majlis mereka yang mendakwa majlis resepsi ini terlalu barat dan tidak sesuai dengan adat melayu kita.

Komen yang ditinggalkan pengguna media sosial rata-rata mempersoal tindakan Juliana dan suami yang mengambil keputusan untuk mengadakan resepsi ala Barat berbanding tema tradisional seperti kebiasaan.

Tetapi tidak semua, ada juga yang menyarankan orang ramai supaya berfikiran terbuka dengan pilihan Juliana Evans ini memandangkan dirinya memang berketurunan Inggeris

Apa-apapun, kami ucapkan tahniah buat kedua pasangan mempelai ini. Iyelah... dah nama pun artis, buat apa pasti menjadi tumpuan netizen.














SEKITAR MAJLIS RESEPSI 'BEACH WEDDING' JULIANA EVANS & SUAMI









































www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: