19 November 2017

VEIL 'UNIK' IZARA AISHAH DIKRITIK - RIZALMAN TAMPIL PERTAHANKAN


"Saya tak kisah orang nak cakap apa, benda baru pasti ada orang cakap. Kerudung itu adalah ilham daripada kain songket keras yang digunakan untuk menutup kepala ketika zaman Diraja dahulu.





"Cumanya, saya terkilan bila orang kita sendiri tak tahu sejarah dan hanya tahu nak kritik sahaja.

"Saya menjelajah banyak negara dan membaca mengenai sejarah fesyen dan serapkan dalam busana istimewa ini," ujar pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim yang tidak kisah mengenai kritikan netizen terhadap kerudung (veil) digayakan pelakon Izara Aishah pada majlis pernikahannya.

Datuk Rizalman yang tampil mempertahankan veil tersebut berkata, pelakon drama 'Dia' ini berpuas hati dengan hasil tangannya itu meskipun menerima kecaman netizen di laman sosial.



"Secara peribadi dia minta saya hasilkan sesuatu yang unik dengan elemen budaya untuk malam pernikahan itu. Jadi, saya serapkan elemen future classic.

"Alhamdulillah, dia berpuas hati dan majlis berjalan dengan lancar. Cumanya, Izara agak gementar malam itu, iyalah jadi pengantin," katanya.

Terdahulu, veil yang digayakan Izara pada malam itu mendapat komen netizen yang dilihat kurang sesuai dengan pelakon tersebut.

Pelbagai nama diberikan kepada veil Izara kelmarin seperti 'roti tisu' (keras dan sukar dibentuk), kuih apam balik, alas meja dan macam-macam lagi.



Selain itu ada juga menganggap penampilan Izara tidak ubah seperti hantu kerana terdapat sisi kamera yang mengambil dari sudut belakang.

Sementara itu, Rizalman yang tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen terhadap busana tersebut memberitahu bahawa bukan mudah untuk mendidik masyarakat mengenai fesyen dan tidak semua dapat menerima sesuatu yang baharu.

Dalam masa sama, Rizalman turut berbangga kerana baju pernikahan Izara itu turut menerima pujian daripada pengikutnya di luar negara.

Malah, dia tidak menyangka ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gaya kerudung yang dilihat unik dan penuh kesopanan.



"Semasa saya buat siaran langsung di Instagram, ramai pengikut dari dalam dan luar negara yang meninggalkan komen tertarik dengan fesyen tersebut.

"Bukan semua yang mengecam, ada juga yang suka. Biasalah, dalam dunia ni tak semua orang suka apa yang kita buat," tuturnya yang akan menjadikan fesyen tersebut inspirasi untuk tahun 2018.

Iyelah... di mata rakyat seperti kita mungkin memandang fesyen tersebut seperti pelik. Tetapi bagi mereka yang bergelar selebriti seperti Izara mungkin bercitarasa tinggi dan inginkan kelainan.

Apapun, tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Izara dan Adib yang selamat bergelar suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Selangor pada malam Jumaat.












www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: