19 November 2017

MUATNAIK FOTO ANAK PAKAI SELIMUT HERMES - JOVIAN MANDAGIE NAFI RIAK


Sekita minggu lalu, pereka fesyen terkenal dan personaliti televisyen, Datuk Jovian Mandagie memuatnaik gambar dirinya bersama anak sulung perempuannya, Jeanelle Nika Mandagie yang memakai selimut jenama mewah, Hermes.





Bagaimanapun, gambar yang dikongsikan di laman Instgaramnya itu menjadi bualan netizen, lebih-lebih lagi apabila mereka mendapati harga selimut berkenaan dikatakan mencecah RM4,000.

Selain dikritik, ramai juga yang menyifatkan Nika beruntung kerana dimanjakan ibu dan ayah dengan pelbagai barangan mewah. Malah, netizen juga kagum dengan kepekaan Jovian yang sentiasa prihatin dengan setiap baju dipakai.

Bagaimanapun, Jovian tampil menjelaskan yang beliau tidak berniat untuk riak dan menunjuk-nunjuk ketika memuatnaik gambar tersebut.

Klik untuk gambar besar


Jovian berkata, beliau cuma mahu berkongsi gambar di Instagram, namun sebaliknya pula berlaku apabila netizen lebih memberi fokus kepada selimut yang digunakan anaknya.

"Rasanya saya tidak riak mahupun berniat untuk menunjuk-nunjuk sewaktu memuatnaik gambar di IG dengan tanda jenama atau menyebut harga selimut itu.

"Malah, entri saya bukan bercakap mengenai selimut terbabit, tetapi perihal anak saya. Banyak lagi cara untuk menunjuk kalau nak riak atau berlaku sombong.

"Mengenai harga yang saya bayar juga, nilai itu berpatutan dengan kualiti produk terbabit. Ia selimut daripada bulu biri-biri yang disulam tangan, buatan Perancis.



"Saya anggap ia sebagai sejenis 'pelaburan' kerana selimut itu boleh digunakan sehingga umur Nika mencecah lima hingga enam tahun nanti," jelasnya.

Sementara itu, pengacara 'Say Yes To The Dress Asia' itu berkata, beliau agak terkejut apabila netizen sanggup mencari harga selimut yang digunakan anaknya.

Bagaimanapun, lelaki ini tidak melatah dengan perkara terbabit kerana katanya, beliau menerima lebih banyak pujian berbanding komen buruk di laman sosialnya.



"Mungkin ia sesuatu yang lumrah apabila kelahiran anak kami menjadi perhatian semua pengikut saya dan isteri.

"Apapun, jumlah kecaman yang saya terima hanya satu, berbanding ribuan ucapan tahniah selain doa baik-baik anak saya terima sejak dia dalam kandungan lagi.

"Insya-Allah, sebagai bapa, saya akan mendidik anak menjadi seorang yang merendah diri dan menghormati orang lain. Jadi, penting untuk saya mendidik anak dengan memberikan contoh yang sesuai dengan apa yang saya lalui.

"Walaupun perkara baik kita tunjukkan kepada umum, pastinya ada saja pihak yang tak suka dan akan tetap mengecam.



Bagi saya, mereka yang berbuat begitu mungkin iri hati dengan apa yang kami ada, tetapi hal sebegini tak perlu kami hiraukan.

"Banyak lagi hal keluarga yang saya perlu fikir berbanding kata-kata orang mengenai saya dan keluarga. Yang penting, saya tidak mengganggu ketenteraman orang lain," tegasnya.

Jovian berkahwin dengan Datin Nina Ismail Sabri, yang juga kakak kepada penyanyi, Dafi, pada Disember 2013 dan mereka menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada 1 November lalu.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: